Senarai Pusat latihan atau padang awam untuk sesi latihan SCFC
PUSAT LATIHAN DI TAMAN SRI JENARIS, KAJANG
Padang latihan ini terletak di Taman Sri Jenaris, Kajang yang berhampiran dengan Kolej Komuniti Hulu Langat. Padang Latihan ini merupakan“Homeground” bagi SCFC dan segala aktiviti kejohanan dan perlawanan persahabatan akan dijalankan di pusat latihan ini.
Waktu Latihan : Sabtu & Ahad (8.00 pagi– 10.00 pagi)
PUSAT LATIHAN DI BANDAR TUN HUSSEIN ONN, CHERAS
Padang latihan ini berada di dalam Taman Suasana Bandar Tun Hussein Onn. Padang Latihan ini juga berhampiran dengan restoran McDonald BTHO.
Waktu Latihan : Sabtu (8.00 pagi– 10.00 pagi)
PUSAT LATIHAN DI BANDAR TEKNOLOGI, KAJANG
Padang Latihan ini terletak di kawasan seksyen 5 Bandar Teknologi Kajang. Padang ini berhampiran dengan Surau At-Taqwa Seksyen 5 Bandar Teknologi Kajang.
Waktu Latihan : Sabtu (8.00 pagi– 10.00 pagi)
PUSAT LATIHAN DI BANDAR BUKIT MAHKOTA, BANGI
Padang Latihan ini berada di dalam kawasan Bangi yang terletak di Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota. Padang ini berhampiran dengan tapak pasar malam Seksyen 4 serta Masjid At-Taqwa Bandar Bukit Mahkota.
Waktu Latihan : Sabtu (8.00 pagi– 10.00 pagi)
Berminat untuk bergelar pemain SCFC? Daftar Sekarang